Sunday 4 December 2016

Pengalamanku

Ini merupakan pengalaman ku sejak merasai zaman kanak-kanak ku dahulu. Pada ketika itu, aku berumur 9 tahun. Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Ayah ku seorang arkitek dan tiada masa untuk meluangkn masanya untuk kami sekeluarga. Manakala ibuku merupakan suri rumah tetapi ibuku membuat kerja sampingan seperti membuat baju tradisional orang ulu. Rutin harian ku pada masa itu hanya tinggal rumah. Kisah ku bermula pada tarikh 10.7.2003, ia merupakan tarikh yang amat sedih bagi hidup ku. Pada hari tersebut, keluarga membuat jamuan hari keluarga. Ramai yang datang pada hari tersebut dan ia merupakan majlis yang amat penting untuk keluarga kami. Saya berasa amat seronok kerana merasai ramai keluarga yang datang dn bergumpul bersama sambil bercerita antara satu sama lain. Bagi aku yang berumur tahun 3 pada masa itu, aku keluar bermain bersama saudara ku. Setelah kami puas bermain. Aku memberitahu saudara ku bermain lumba lari. Apabila kami sedang berlari, aku terjatuh dan tersungkur d jalan raya sehingga menyebabkan muka ku hancur dan tercalar dengan teruk di bahagian sebelah kiri. Aku dihantar ke hospital dengan secepat mungkin dan setelah selesai rawatan, aku merasakan muka ku di balut mnggunakan balutan kain putih diseluruh muka. Setelah aku mendapati bahawa muka rosak dan hancur, hati ku sdih sebab tak tahu nak berbuat apa. Kerana aku mengganggap muka ku akan menjadi lebih buruk dan rupa ku tak akan kembali normal seperti budak lain. Aku menyesal dengan tindakan yang aku lakukan. Aku hanya mampu berdiam diri. Hari demi hari ku melakukan pertukaran pembalutan di muka ku, aku sedar tiada peluang untuk muka ku pulih. Aku hanya mampu terima seadanya. Aku menggunakan pelbagai produk dan ubat untuk memulihkan parut di muka ku. Tetap juga tidak menjadi, disekolah aku diejek sampai di panggil bdak cacat. Aku hanya mampu menahan dirirku untuk menerima semua tomahan yang budak lain bagi dekat aku. Hari demi hari, bulan demi bulan sehinnga lah tahun demi tahun, ibuku menemui satu produk yang berkesan untuk merwat parut dimuka ku. Pada masa itu, aku sudah berumur tingkatan 1. Dan muka ku sudah pun kembali pada yang asal. Pada awalnya aku mudah berputus asa dengan muka ku yang hodoh. Kerana aku tidak berani untuk berhadapan dengan orang ramai. Tetapi aku tetap berdoa bahawa disebalik dugaan yang aku terima aka nada hikmah nya. Sehingga sekarang parut kecil disebelah muka kiri ku masih ada dan tidak akan hilang buat selamanya dan aku percaya bahawa “Mujizat itu Nyata”

No comments:

Post a Comment