Masa
itu tak akan berhenti.
Masing-masing dalam
kehidupan kita mempunyai persepsi sendiri tentang dri sendiri tentang masa
depan, tergantung dari perspektif apa yang kita melihatnya. Namun secara umum
saya berpendapat bahawa masa depan adalah gambaran keadaan pada beberapa kurun
waktu ke depan sebelum kita meninggal. Jadi kalau kita bertanya pada diri
sendiri, bagaimanakah masa depanku? Bermakna kita sedang memikirkanseperti
apakah gambaran tentang kehidupan kita pada beberapa kurun waktu ke depan. Kita
wajib bersyukur jika pertanyaan itu muncul dalam benak kita kerana itu
menandakan bahawa kita menyedari bahawa kita harus merancanakan sesuatu.
Sebahagian besar dari kita, pasti tidak memikirkan situasi yang buruk tentang
masa depan kita.kecuali kita tergolong dalam orang yang mudah berputus asa.
Dengan adanya fikiran yang positif tentang gambaran masa depan yang ingin kita
miliki, mahu tidak mahu fikiran kita akan terarahpada keupayaan kita untuk
mencapai gambaran atau impian masa depan kita sendiri.
Jika kita bukan orang
awam bukan seoarang rohaniwan, sudah tentu yang pertama menjadi tujuan kita
adalah bekerja untuk mengumpulkan kekayaan untuk mewujudkan apa yang kita
inginkan. Yang bahaya adalah jika kita tidak tahu apa tujuan kita bekerja atau
kita tidak tahu bagaimana kita untuk manfaatkan hasil kerja kita, masa depan
itu akan hancur dan tidak bermakna dalam kehidupan sebenar kita. Masa itu
adalah penting kerana ia mempunyai masa yang terhad untuk kita menajalani
kehidupan sebenar dan kita hanyalah makhluk Tuhan yang tinggal sementara di
bumi.
Selain dari persoalan
tentang keinginan kita di masa depan, kita sebagai manusia biasa tidak akan
pernah lari dari kesalahan dan setiap manusia mempunyai kesalahan pada diri
mereka sendiri. Setiap manusia akan menempuhi pelbagai onak kehidupan yang ada
seperti menempuh alam kehidupan, pendidikan, menikah, memeliki keturunan,
menikahkan anak, menjadi tua dan di kemudian harinya kita akan menjadi seoarang
yang berguna kepada sang pencipta. Yang patut dibahaskan sekarang adalah apakah
kita mengetahui atau menagambil berat tentang keperluan harian kita setiap
hari?? Atau sesetangah manusia akan membiarkan semua berjalan dengan sendirinya
seperti air mengalir ke dataran yang lebih rendah?? Maka dengan ini, ramai yang
mengganggap yang masa itu jarang memainkan peranan dalam sesebuah kehidupan
malahan dengan adanya masa semua benda dapat di atur dan di rancang dengan
mudah supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan bermanfaat bagi
diri kita.
Kata orang tua-tua masa
itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula terutama
jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai. Manusia
yang bijak adalah individu yang mneggunakan masa dengan sebaik mungkin . jadi,
bagaimanakah cara-cara yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai
masa? Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkn dalam
jiwa seseorang itu. Rsa keazaman ini mengigatkan kita bahawa masa perlu
dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang
mempunyai keazaman yang kuat dapat menghargai masa dengan baik dengan itu dapat
manfaatkan masa dengan seadanya. Selain itu, menghargai masa juga boleh
dibuktikan menerusi sikap membuat perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek
ini jiwa seseorang yang menghargai masa akan membuat satu jaduallau mematuhi
perancangan masa itu dengan sebaik mungkin. Jelaslah, bahawa seseoarang yang
mempunyai sikap membuat jadual dan mematuhi masa tersebut mudah untuk berjaya
satu hari nanti.
Pelbagai istilah
tentang masa yang kita dengar mahupun dilihat melalui mata kasar seperti
istilah “Masa itu Emas”, “Masa ialah Kehidupan” dan sebagainya. Ini menunjukkan
masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat
diganti. Memang betul apa yang orang sekeliling cakap yang masa adalah terhad
dan ini jarang di anggap penting kerana ramai yang pernah berlaku dan dilihat
dengan dari mata kasar bahawa masa itu tidak dapat diundur jika kita tidak
menghargai dengan betul. Sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran kita
harusla mendisiplinkan diri sapaya tidak membuang masa begitu shaja kerana masa
sangat berharga. Seperti kata-kata semangat yang dinyatakan di bawah:
Masa depan
Adalah milik
Mereka yang percaya pada keindahan
Mimpi-mimpi mereka.
- Eleanor
Roosevelt -
“Cara
untuk menjadi di depan
adalah
memulai sekarang. Jika
memulai
sekarang, tahun
depan
anda akan tahu
banyak
hal yang sekarang
tidak
diketahui, dan anda
tidak akan mengetahui masa
depan
jika anda menunggu
-
William Feather
“
Betapa pun kelamnya masa
lalumu,
masa depan mu masih
suci.
Maafkalh dirimu, dan
majulah.
-
Mario Teguh
No comments:
Post a Comment