Sunday 4 December 2016

Kareographer Kolej Teknologi Alpha

     Muhammad Iezwan Malik. 35 tahun merupakan seorang pendidik dari sarawak. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah rendah KLIA 2, Kuala Lumpur. Carier beliau bermula sejak menceburu bidang modeling sejak beliau berumur 25 tahun. Pada masa ini, beliau baru sahaja berpindah dari Sarawak ke Kuala Lumpur. Sebelum menceburi bidang modeling, beliau adalah seorang guru sepenuh masa di Sarawak dan selepas itu beliau bercadang ingin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meluaskan lagi carier beliau. Sesudah beliau samapi di Kuala Lumpur, beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki yang benama Shaun Salim yang bekerja di “starses entertainment” di Ampang, Kuala Lumpur yang digelar sebagai agen yang telah mengambilnya sebagai modeling. Melalui bidang modeling yang diceburinya, beliau mencuba nasib di dalam iklan, casting, Hero Malaya, maskulin, Mr. Uberman 2015 dan macam lagi bidang diceburinya. Pelbagai kenangan manis dan kenangan pahit yang di lalui beliau pada masa itu kerana beliau hanya bergantung kepada diri sendiri tanpa memerlukan tenaga dari orang lain. Hal ini telah membangkitkan semangatnya untuk lebih berdedikasi untuk meneruskan niat beliau untuk berjaya. Pengalamannya telah sekian lama menceburi bidang modeling telah menjadikan beliau sebagai mentor kepada anak-anak muda yang meminati bidang fesyen dan modeling. Pada tahun 2002, pengalaman beliau sebagai guru tarian telah bermula dan minat beliau dalam menari telah di didik sejak kecil dan ini berlaku kerana beliau sering mngikuti jejak ibunya. Ibu beliau merupakan seorang peanari kebangsaan negeri sabah dan jejak itu telah diikuti oleh beliau. Sehingga hari ini, beliau masih lagi meneruskan tugas beliau sebagai kareographer di Kolej Teknologi Alpha dan memimpin satu kelab tarian yang ditubuhkan sebagai ‘Kelab Bayu Acardia”. Tetapi sebelum ini beliau pernah mencuba nasib di istana budaya manakala yang melibatkan “Teater Makyong” yang telah diarahkan oleh Rosnah Rahman. Selain itu, pada tahun 2013 beliau telah ditawarkan berlakon tetapi beliau menolak atas sebab beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda. Pada tarikh 14 sep 2014, beliau telah pun dilamarkan oleh En. Awangku khairil ketika beliau sedang melakukan aktiviti fotographi pelajar semester 4 dan dari situ beliau bersetuju untuk melibatkan diri dalam Kolej Teknologi Alpha sehingga sekarang dan saya sebagai anak didik penarinya sangat menghormati kerjaya beliau walaupun beliau tidak ada masa untuk diri sendiri dan beliau ibarat lilin yang membakar dirinya dan mengorbankan masa yang ada untuk anak didik nya sendiri.
    

No comments:

Post a Comment