Sunday 4 December 2016

Kareographer Kolej Teknologi Alpha

     Muhammad Iezwan Malik. 35 tahun merupakan seorang pendidik dari sarawak. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah rendah KLIA 2, Kuala Lumpur. Carier beliau bermula sejak menceburu bidang modeling sejak beliau berumur 25 tahun. Pada masa ini, beliau baru sahaja berpindah dari Sarawak ke Kuala Lumpur. Sebelum menceburi bidang modeling, beliau adalah seorang guru sepenuh masa di Sarawak dan selepas itu beliau bercadang ingin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meluaskan lagi carier beliau. Sesudah beliau samapi di Kuala Lumpur, beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki yang benama Shaun Salim yang bekerja di “starses entertainment” di Ampang, Kuala Lumpur yang digelar sebagai agen yang telah mengambilnya sebagai modeling. Melalui bidang modeling yang diceburinya, beliau mencuba nasib di dalam iklan, casting, Hero Malaya, maskulin, Mr. Uberman 2015 dan macam lagi bidang diceburinya. Pelbagai kenangan manis dan kenangan pahit yang di lalui beliau pada masa itu kerana beliau hanya bergantung kepada diri sendiri tanpa memerlukan tenaga dari orang lain. Hal ini telah membangkitkan semangatnya untuk lebih berdedikasi untuk meneruskan niat beliau untuk berjaya. Pengalamannya telah sekian lama menceburi bidang modeling telah menjadikan beliau sebagai mentor kepada anak-anak muda yang meminati bidang fesyen dan modeling. Pada tahun 2002, pengalaman beliau sebagai guru tarian telah bermula dan minat beliau dalam menari telah di didik sejak kecil dan ini berlaku kerana beliau sering mngikuti jejak ibunya. Ibu beliau merupakan seorang peanari kebangsaan negeri sabah dan jejak itu telah diikuti oleh beliau. Sehingga hari ini, beliau masih lagi meneruskan tugas beliau sebagai kareographer di Kolej Teknologi Alpha dan memimpin satu kelab tarian yang ditubuhkan sebagai ‘Kelab Bayu Acardia”. Tetapi sebelum ini beliau pernah mencuba nasib di istana budaya manakala yang melibatkan “Teater Makyong” yang telah diarahkan oleh Rosnah Rahman. Selain itu, pada tahun 2013 beliau telah ditawarkan berlakon tetapi beliau menolak atas sebab beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda. Pada tarikh 14 sep 2014, beliau telah pun dilamarkan oleh En. Awangku khairil ketika beliau sedang melakukan aktiviti fotographi pelajar semester 4 dan dari situ beliau bersetuju untuk melibatkan diri dalam Kolej Teknologi Alpha sehingga sekarang dan saya sebagai anak didik penarinya sangat menghormati kerjaya beliau walaupun beliau tidak ada masa untuk diri sendiri dan beliau ibarat lilin yang membakar dirinya dan mengorbankan masa yang ada untuk anak didik nya sendiri.
    
Masa itu tak akan berhenti.
Masing-masing dalam kehidupan kita mempunyai persepsi sendiri tentang dri sendiri tentang masa depan, tergantung dari perspektif apa yang kita melihatnya. Namun secara umum saya berpendapat bahawa masa depan adalah gambaran keadaan pada beberapa kurun waktu ke depan sebelum kita meninggal. Jadi kalau kita bertanya pada diri sendiri, bagaimanakah masa depanku? Bermakna kita sedang memikirkanseperti apakah gambaran tentang kehidupan kita pada beberapa kurun waktu ke depan. Kita wajib bersyukur jika pertanyaan itu muncul dalam benak kita kerana itu menandakan bahawa kita menyedari bahawa kita harus merancanakan sesuatu. Sebahagian besar dari kita, pasti tidak memikirkan situasi yang buruk tentang masa depan kita.kecuali kita tergolong dalam orang yang mudah berputus asa. Dengan adanya fikiran yang positif tentang gambaran masa depan yang ingin kita miliki, mahu tidak mahu fikiran kita akan terarahpada keupayaan kita untuk mencapai gambaran atau impian masa depan kita sendiri.
Jika kita bukan orang awam bukan seoarang rohaniwan, sudah tentu yang pertama menjadi tujuan kita adalah bekerja untuk mengumpulkan kekayaan untuk mewujudkan apa yang kita inginkan. Yang bahaya adalah jika kita tidak tahu apa tujuan kita bekerja atau kita tidak tahu bagaimana kita untuk manfaatkan hasil kerja kita, masa depan itu akan hancur dan tidak bermakna dalam kehidupan sebenar kita. Masa itu adalah penting kerana ia mempunyai masa yang terhad untuk kita menajalani kehidupan sebenar dan kita hanyalah makhluk Tuhan yang tinggal sementara di bumi.
Selain dari persoalan tentang keinginan kita di masa depan, kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah lari dari kesalahan dan setiap manusia mempunyai kesalahan pada diri mereka sendiri. Setiap manusia akan menempuhi pelbagai onak kehidupan yang ada seperti menempuh alam kehidupan, pendidikan, menikah, memeliki keturunan, menikahkan anak, menjadi tua dan di kemudian harinya kita akan menjadi seoarang yang berguna kepada sang pencipta. Yang patut dibahaskan sekarang adalah apakah kita mengetahui atau menagambil berat tentang keperluan harian kita setiap hari?? Atau sesetangah manusia akan membiarkan semua berjalan dengan sendirinya seperti air mengalir ke dataran yang lebih rendah?? Maka dengan ini, ramai yang mengganggap yang masa itu jarang memainkan peranan dalam sesebuah kehidupan malahan dengan adanya masa semua benda dapat di atur dan di rancang dengan mudah supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan bermanfaat bagi diri kita.
Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai. Manusia yang bijak adalah individu yang mneggunakan masa dengan sebaik mungkin . jadi, bagaimanakah cara-cara yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa? Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkn dalam jiwa seseorang itu. Rsa keazaman ini mengigatkan kita bahawa masa perlu dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang mempunyai keazaman yang kuat dapat menghargai masa dengan baik dengan itu dapat manfaatkan masa dengan seadanya. Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang menghargai masa akan membuat satu jaduallau mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin. Jelaslah, bahawa seseoarang yang mempunyai sikap membuat jadual dan mematuhi masa tersebut mudah untuk berjaya satu hari nanti.
Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar mahupun dilihat melalui mata kasar seperti istilah “Masa itu Emas”, “Masa ialah Kehidupan” dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Memang betul apa yang orang sekeliling cakap yang masa adalah terhad dan ini jarang di anggap penting kerana ramai yang pernah berlaku dan dilihat dengan dari mata kasar bahawa masa itu tidak dapat diundur jika kita tidak menghargai dengan betul. Sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran kita harusla mendisiplinkan diri sapaya tidak membuang masa begitu shaja kerana masa sangat berharga. Seperti kata-kata semangat yang dinyatakan di bawah:
Masa depan
Adalah milik
Mereka yang percaya pada keindahan
Mimpi-mimpi mereka.
-    Eleanor Roosevelt -






“Cara untuk menjadi di depan
adalah memulai sekarang. Jika
memulai sekarang, tahun
depan anda akan tahu
banyak hal yang sekarang
tidak diketahui, dan anda
 tidak akan mengetahui masa
depan jika anda menunggu

-          William Feather

“ Betapa pun kelamnya masa
lalumu, masa depan mu masih
suci. Maafkalh dirimu, dan
majulah.
-          Mario Teguh



Pengalamanku

Ini merupakan pengalaman ku sejak merasai zaman kanak-kanak ku dahulu. Pada ketika itu, aku berumur 9 tahun. Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Ayah ku seorang arkitek dan tiada masa untuk meluangkn masanya untuk kami sekeluarga. Manakala ibuku merupakan suri rumah tetapi ibuku membuat kerja sampingan seperti membuat baju tradisional orang ulu. Rutin harian ku pada masa itu hanya tinggal rumah. Kisah ku bermula pada tarikh 10.7.2003, ia merupakan tarikh yang amat sedih bagi hidup ku. Pada hari tersebut, keluarga membuat jamuan hari keluarga. Ramai yang datang pada hari tersebut dan ia merupakan majlis yang amat penting untuk keluarga kami. Saya berasa amat seronok kerana merasai ramai keluarga yang datang dn bergumpul bersama sambil bercerita antara satu sama lain. Bagi aku yang berumur tahun 3 pada masa itu, aku keluar bermain bersama saudara ku. Setelah kami puas bermain. Aku memberitahu saudara ku bermain lumba lari. Apabila kami sedang berlari, aku terjatuh dan tersungkur d jalan raya sehingga menyebabkan muka ku hancur dan tercalar dengan teruk di bahagian sebelah kiri. Aku dihantar ke hospital dengan secepat mungkin dan setelah selesai rawatan, aku merasakan muka ku di balut mnggunakan balutan kain putih diseluruh muka. Setelah aku mendapati bahawa muka rosak dan hancur, hati ku sdih sebab tak tahu nak berbuat apa. Kerana aku mengganggap muka ku akan menjadi lebih buruk dan rupa ku tak akan kembali normal seperti budak lain. Aku menyesal dengan tindakan yang aku lakukan. Aku hanya mampu berdiam diri. Hari demi hari ku melakukan pertukaran pembalutan di muka ku, aku sedar tiada peluang untuk muka ku pulih. Aku hanya mampu terima seadanya. Aku menggunakan pelbagai produk dan ubat untuk memulihkan parut di muka ku. Tetap juga tidak menjadi, disekolah aku diejek sampai di panggil bdak cacat. Aku hanya mampu menahan dirirku untuk menerima semua tomahan yang budak lain bagi dekat aku. Hari demi hari, bulan demi bulan sehinnga lah tahun demi tahun, ibuku menemui satu produk yang berkesan untuk merwat parut dimuka ku. Pada masa itu, aku sudah berumur tingkatan 1. Dan muka ku sudah pun kembali pada yang asal. Pada awalnya aku mudah berputus asa dengan muka ku yang hodoh. Kerana aku tidak berani untuk berhadapan dengan orang ramai. Tetapi aku tetap berdoa bahawa disebalik dugaan yang aku terima aka nada hikmah nya. Sehingga sekarang parut kecil disebelah muka kiri ku masih ada dan tidak akan hilang buat selamanya dan aku percaya bahawa “Mujizat itu Nyata”